Minggu, 30 Januari 2011

Archaebacteria


Arkea atau archaea (bahasa Yunani: αρχαία, "yang tua"), juga dikenali sebagai arkeabakteria, merupakan satu divisi organisma hidup yang utama. Walaupun filogeni yang tepat masih tidak dapat dipastikan untuk kumpulan-kumpulan ini, Arkea, Eukariot, dan Bakteria merupakan kelas asas dalam apa yang digelarkan sistem tiga domain. Serupa dengan bakteria, Arkea merupakan organisma unisel yang tidak mempunyai nukleus dan oleh itu, dikelaskan sebagai Prokariot — dikenali sebagai Monera dalam taksonomi lima alam. Pada asalnya, Arkea hanya didapati di lingkungan kotor, tetapi kini terdapat di semua jenis habitat.

[sunting]Sejarah

Arkea telah dikenal pasti pada tahun 1977 oleh Carl Woese dan George Fox berdasarkan pemisahannya daripada prokariot yang lain dalam pohon filogentik rRNA 16S. Mula-mulanya, kedua-dua kumpulan masing-masing dinamakan Arkeabakteria dan Eubakteria, dan diolahkan sebagai alam atau subalam yang diistilahkan oleh Woses dan Fox sebagai "Uralam" (Urkingdom). Woese memperdebatkan bahawa Arkea pada dasarnya merupakan satu cabang hidupan yang berlainan. Ia kemudian menamakan semula kumpulan Arkea dan kumpulan Bakteria untuk menegaskan perkara ini, dan memperdebatkan bahawa bersama-sama dengan Eukariot, Arkea merupakan salah satu daripada tiga domain hidupan.
Istilah biologi, Arkea, harus tidak dikelirukan dengan frasa geologieon Arkean, yang juga dikenali sebagai Era Arkeozoik. Istilah kedua ini merujuk kepada zaman primordium dalam sejarah bumi ketika Arkea dan Bakteria kedua-dua merupakan organisma bersel yang tunggal di planet ini. Fosil-fosil yang mungkin berasal daripada mikrob ini telah ditarikhkan sebagai hampir 3.8 bilion tahun dahulu (3,800mya).

Tidak ada komentar:

Posting Komentar